Isnin, 24 Oktober 2011
Penangan peminat hobin jang hobin...
Hari sabtu lepas aku ngan hubby balik ke bahau. Kiteorang gerak dalam pukul 4.00 petang. Dalam perjalanan nak balik tu tempat yang selalu jem of coz la kat hiway seremban. Tapi jem kali ni coz ramai nak ke Paroi. Ade perlawanan separuh akhir kedua antara Negeri Sembilan vs T Team. First time aku tgk betapa bersemangatnye warga nogori ni. Setiap perjalanan start masuk seremban penuh dengan keta2 yang diletakkan bendera Negeri sembilan. Hubby aku ape lagi....Asal nampak je penyokong bola dia nyalakan lampu n angkat tangan. Penyokong2 tu pun setia mengangkat tangan.Sporting la katakan..Tapi best la bila tgk dieorang dari anak yang kecik hingga datuk nenek ikut gi sokong bola tu. Sesampai je kat umah mertua kat bahau tepat kul 7.30 ptg. Ayah ngan adik an dah semangat dah nak tgk bola. Tapi bola start kul 8.45 kat tv1.Mak mertua aku ngah wat mee kari. Aku mengidam nak mkn mee kari yang mak mertua buat. Sedappppp...banyak aku mkn..Then bola pun dah start dah..ape lagi bising la hubby,ayah n dik an..gamat 1 rumah.Lucu n best la rasenye..Akhir sekali TTeam dah ditewaskan oleh Negeri sembilan...Negeri Sembilan dapat gi final lawan terengganu..
Jumaat, 21 Oktober 2011
Awal Kehamilanku...Anak untuk suamiku
Tarikh 20 Oktober 2011, first time gi klinik untuk buat pengesahan kehamilan. Klinik yang comfirm kena pergi adalah klinik Kesihatan Putrajaya. Gerak dari rumah pukul 7 pagi coz takut parking xder..x sempat nak breakfast tp sempat bagi hubby minum ho ho horlicks...em tu faveretnye. Then gi kuarkan wet dulu coz time gov gaji kan. Em tepat kul 8 pagi sampai klinik. Gi kaunter no giliran. Tujuan untuk pengesahan mengandung then dia bagi no pastu suruh gi jumpa nurse kaunter 7. Pastu bincang2 n daftar semua kena bayar rm20 for the UPT. Hmmm kalau test kat luar pun boleh beli yang rm20 and x tunggu lame. Then pegawai tu suruh pi ke makmal untuk ujian UPT.Tunggu selama 1 jam baru nama dipanggil. Guess What??? aku ingatkan kena test air kencing tapi di beri arahan masuk bilik ambil darah. Pelik gak asal kena amik darah. Then aku ckp kat nirse tu saya nak wat ujian kehamilan. Pastu dia ckp x pe amik darah dulu.siap amik darah scan n tunggu doktor panggil. Time tunggu doktor panggil dah 1 jam. Bila nak panggil ntah.Past tu doktor dah panggil.boleh pulak doktor ckp u nak wat pengesahan kehamilan then kenapa u buat check darah.aku terang la kat doktor tu yang aku dah ckp kat nurse tu. Tak pasal2 kena masuk makmal balik.sebab salah teknik da.Hmm tunggu lagi dan hubby pun mcm bengang coz lame giler tu.Doktor panggil masuk bilik then aku positif mengandung 6 minggu...Alhamdulillah...InsyaAllah aku akan jage dengan baik kandungan aku ni..Hubby ckp tahniah coz mengandungkan zuriatnya..ayang sayang abang dan baby...Nurse cakap dah 3 bulan usia kandungan baru leh wat buku opoiment.
Langgan:
Catatan (Atom)