Halaman

COMBINE9

COMBINE9

Selasa, 12 Januari 2016

Haikal dah Masuk tadika MUIP

alhamdulillah
6 Jan 2016 selesai daftar haikal ke tadika
Yuran semua sekali dalam rm373.00
aku tmbah lagi sepasang baju rm40.00
semua sejali dalam rm413.00

fuh
meleleh peluh ibu, nak
tp x pe
demi mu syg

11 jan 2016
start 1st day haikal
menangis okeh
yup
menangis
hahaha
boleh aku gelak
padahal sayu weh


harap2 haikal ok la kat tadika tu
syg haikal


Selasa, 22 Disember 2015

Famly Dinner

hai
aku berjaya tunaikan salah satu wish list aku
Famly Dinner
Ia telah diadakan di Mail Ikan Bakar Tanjung Lumpur
Pada 18 Disember 2015

Aku dapat klim pindah
so boleh la blanje famly makan
bukan selalu
yang penting niat aku tercapai

agak banyak la menu pada malam tu
Tomyam Ayam untuk 7 orang makan
Kailan ikan masin untuk 5 orang makan
Nasi 3 Bekas
Air Jus oren 2 Jug
Air milo 1 Jug
Ikan siakap 3 rase 2 ekor
ikan pari bakar 2 ekor
sotong celup tepung 3 ekor
lobster bakar 3 ekor

semuanya around rm350
boleh la
untuk 11 dewasa
5 kanak-kanak

projek ape lagi ek nak buat tahun depan
mungkinkah
ade reunion untuk anak-anak Arwah Pak Daud???
ramai tuh yang akan berkumpul
or just famly day my mom's side





































Khamis, 10 Disember 2015

Anda sahabat terbaik

baru tahun ni aku kenal kau
baru tahun ni aku rapat ngan kau
ternyata kau sahabat yang banyak mengajarku
erti kehidupan yang lebih baik
terima kasih sahabat

aku dapat pulang ke tanah tumpah darahku
kerana ada bantuan dari kau
aku dapat memiliki kereta
walaupun kereta itu kereta second hand
kau risau andai aku patah kaki
susah nak bergerak bila pulang nanti
aku ingat lagi
waktu nak survey kereta dengan kau
kau sanggup cuti untuk aku
hinggakan kereta kau break down di lane 1st depan sapura
kesian dan rase bersalah sangat
waktu tu 1st time kau naik lori towing dengan aku
sweet memories tau
kau sanggup pinjam kereta mekanik demi meneman aku
mencari kereta
dan..akhirnya rezeki aku di cheras
cantik, dan aku puas hati dengan kereta yang kini telah menjadi milik aku 100 %
minggu seterusnya..urusan pengambilan kereta..
dan sekali lagi kau cuti..
untuk aku..demi aku...
aku terharu sahabat
terima kasih sahabat

Noor Shahida Baizura binti Bakri
terima kasih kerana banyak menolong aku
terima kasih kerana menangis bersama aku
terima kasih kerana banyak beri sokongan pada aku
aku sayang kau

Ingat pesan aku..
aku xnak kite gaduh kerana duit
aku x nak kite kerana orang lain
kau lah sahabat ku yang terbaik
aku sayang kau





Rabu, 9 Disember 2015

Urusan keluar kuarters kerajaan

Assalamualaikum

kat sini aku nak story ikut pengalaman aku la
sebab aku dah pun selamat keluar dari kuarters kerajaan di Putrajaya
if ada yang salah boleh la bagi tau ek

aku dapat surat tukar ke kuantan pahang
dan surat tersebut berkuat kuasa pada 1 November 2015
maknanya aku kena settle kuarters sebelum tu la
nak pulak tarikh tu jatuh hari ahad
so pulangan kuarters aku kena dalam minggu sebelum tarikh tu la

prosedurnya...
first...
bila aku dah confirm nak pindah
aku call bph sebab nak buat temujanji untuk penyerahan kunci
mase ni e-temujanji tu tengah problem
so kena call direct untuk buat temujanji
temujanji ni seeloknya dibuat 2 minggu sebelum penyerahan kunci

dah call buat temujanji
ape lagi..start mengemas la
becoz lori nak dtg hangkut barang 25 Okt
antara 25 Okt hingga 30 Okt tu mmg merasa la tido ats toto bersama anak2
sebab aku still kena keje dalam minggu akhir tu

bila dah angkat barang awal
senang la keje aku untuk mengemas dan mencuci ape yang patut
nampak je sikit hoiiii
penat wei seminggu tu
aku just tinggalkan toto
n baju aku n anak2 untuk hidup di situ 6 hari

rumah nak di tinggalkan nanti perlu bersih
x de ape2 yang ditinggalkan
dan bau yg nyaman...maknenye x blh bau bucuk la
haaa kalau korang gatai nak cat rumah tu korang kena cat ikut warna asal balik tau
tapi mane dinding yang kena conteng dek anak2 tu xpe
kalau mane cat terkopek pun x pe..xyah cat balik
cuma yang gatai ubah cat tu yang kena cat balik...
paham x????


untuk urusan pemotongan bekalan air dan elektrik pulakkkk
peringatan ek
korang kena bawak resit ASAL yang korang bayar deposit dulu
tapi kalau hilang xpe
dorang dah sediakan akuan sumpah tu
aku x tau kena sediakan resit asal
aku dah siap pos ke kuantan dah
mujur la boleh teruskan urusan pemotongan
oh ye...
untuk dapat refund balik bukan dpt trs tau
korang kena tunggu sebulan baru la dapat balik refund elektrik n air
settle n dpt sijil potong air
time ni aku gi 29 Okt
miss dekat kaunter mtk letakkan tarikh brp hb nak potong
aku letak la 1 Nov becoz dalam mase tu aku nak kena guna air letrik lagi


dah settle semua
pada 30 Okt tu aku nak serah kunci
mmg tepat pada mase staff bph dtg untuk ambik kunci
ade beberapa borang korang kena isi
letih gak tgn time tu
dengan perasaan sebak..kunci C3-T11-U05 diserahkan balik
hmmm



rumah tu
tinggalkan byk memori
yang x kan pernah aku lupe...







Jumaat, 4 Disember 2015

kebahagiaanku


ibu
haikal
harraz
kami bertiga mulakan kehidupan baru 
di negeri kelahiran kami..
kuantan, Pahang
DEEP
:'(

aku bersyukur sebab masih ade mak
yang nak bersama aku
ketika aku susah
ketika aku sedih
ketika aku tiada ape-ape selain anak-anak

Walaupun 'ikatan' itu belum putus secara sah
hakikatnya 
'ikatan' itu telah lame terlerai
Semoaga dipermudahkan urusan untuk meleraikannya secara sah

Kehidupan baru kami bermula di sini
bukan niat untuk larikan dan jauhkan dari anak-anak
tetapi aku nak mencari kebahagiaan kami sendiri
kemurungan aku insyaAllah tiada lagi
Semoga Allah kuatkan aku
Murahkan rezekiku untuk anak-anakku..



 kebahagiaan yang ku idam




 









Maaf sayang ibu
x dapat beri kasih sayang sebaiknya kepadamu
tapi ibu cuba untuk memastikan
kasih sayang kita tidak akan pernah berkurangan

Buat ma kesayangan
terima kasih 
kerana menjaga kakak
dan kini menjaga anak-anak kakak
maaf kakak tak pernah memberi kesenangan kepada ma
tp kakak cuba mana mampu untuk pastikan 
ma, kakak, haikal dan harraz bahagia


ikhlas dari hati,
zunaidah daud



Selasa, 24 November 2015

Adios Putrajaya

hmmm
30 Oktober 2015
hari last aku kat putrajaya
aku dah stay kat kuantan pahang
sedih tetap sedih
tapi bahagia aku di samping keluarga aku

30.10.2015
aku serah kunci rumah
C3-T11-U05, Presint 15
sedih
tapi aku terpaksa
30.10.2015
aku last di Bahagian Metodologi dan Penyelidikan
Sedih
Aku nangis sambil pelok kawan-kawan
6 tahun aku di putrajaya

Allah
bahagiakanlah aku di sini
bahagiakanlah anak-anakku di sini



Jumaat, 6 Februari 2015

my Sons name is MAH

Teka...
MAH tu ape
hihihihiiiii
gedik ibu ni

MAH stand for
Muhammad Asyraf Haikal & Muhammad Afif Harraz

Haikal dah 2 tahun 7 bln
Harraz dah 6 bln
alhamdulillah
dah nak besar anak-anak ibu













 anak buah kesayangan aku.. Qoyyum


 
 Qoyyum, Ateh rindu awak