Halaman

COMBINE9

COMBINE9

Rabu, 9 Disember 2015

Urusan keluar kuarters kerajaan

Assalamualaikum

kat sini aku nak story ikut pengalaman aku la
sebab aku dah pun selamat keluar dari kuarters kerajaan di Putrajaya
if ada yang salah boleh la bagi tau ek

aku dapat surat tukar ke kuantan pahang
dan surat tersebut berkuat kuasa pada 1 November 2015
maknanya aku kena settle kuarters sebelum tu la
nak pulak tarikh tu jatuh hari ahad
so pulangan kuarters aku kena dalam minggu sebelum tarikh tu la

prosedurnya...
first...
bila aku dah confirm nak pindah
aku call bph sebab nak buat temujanji untuk penyerahan kunci
mase ni e-temujanji tu tengah problem
so kena call direct untuk buat temujanji
temujanji ni seeloknya dibuat 2 minggu sebelum penyerahan kunci

dah call buat temujanji
ape lagi..start mengemas la
becoz lori nak dtg hangkut barang 25 Okt
antara 25 Okt hingga 30 Okt tu mmg merasa la tido ats toto bersama anak2
sebab aku still kena keje dalam minggu akhir tu

bila dah angkat barang awal
senang la keje aku untuk mengemas dan mencuci ape yang patut
nampak je sikit hoiiii
penat wei seminggu tu
aku just tinggalkan toto
n baju aku n anak2 untuk hidup di situ 6 hari

rumah nak di tinggalkan nanti perlu bersih
x de ape2 yang ditinggalkan
dan bau yg nyaman...maknenye x blh bau bucuk la
haaa kalau korang gatai nak cat rumah tu korang kena cat ikut warna asal balik tau
tapi mane dinding yang kena conteng dek anak2 tu xpe
kalau mane cat terkopek pun x pe..xyah cat balik
cuma yang gatai ubah cat tu yang kena cat balik...
paham x????


untuk urusan pemotongan bekalan air dan elektrik pulakkkk
peringatan ek
korang kena bawak resit ASAL yang korang bayar deposit dulu
tapi kalau hilang xpe
dorang dah sediakan akuan sumpah tu
aku x tau kena sediakan resit asal
aku dah siap pos ke kuantan dah
mujur la boleh teruskan urusan pemotongan
oh ye...
untuk dapat refund balik bukan dpt trs tau
korang kena tunggu sebulan baru la dapat balik refund elektrik n air
settle n dpt sijil potong air
time ni aku gi 29 Okt
miss dekat kaunter mtk letakkan tarikh brp hb nak potong
aku letak la 1 Nov becoz dalam mase tu aku nak kena guna air letrik lagi


dah settle semua
pada 30 Okt tu aku nak serah kunci
mmg tepat pada mase staff bph dtg untuk ambik kunci
ade beberapa borang korang kena isi
letih gak tgn time tu
dengan perasaan sebak..kunci C3-T11-U05 diserahkan balik
hmmm



rumah tu
tinggalkan byk memori
yang x kan pernah aku lupe...







2 ulasan: