Halaman

COMBINE9

COMBINE9

Isnin, 24 September 2012

Fungal melanda???

Sekarang ni mmg bayank kena belajar...about our baby..
kesian haikal, ibu nampak ada tompok putih di lidahnya.
bila ibu seacch internet katenye fungal
bila nenek kol td katanya sawan!!
sawan???Oh no darling
Hopefully bukan..

esok ibu bawak gi klinik ye syg..
aku xder pengalaman
so tnya la kawan2 yang tau
kate kak Maz maybe panas dalam badan
kena jar bagi minum air suam
katenye untuk sementara air suam campur ngan halwa kundur
bagi haikal minum untuk hilangkan panas dalam badan

Moga anak ibu sihat selalu
amin...
tapi ibu tetap risau
macam mane ye nak wat ni???

ni web yang menerangkan fakta tentang fungal :

http://drzubaidi.com/blog/?p=1395

 tapi haikal xder la seteruk macam tu
ape pun kena cepat2 bertindak
ye la PREVENTION IS BETTER THAN CURE
x nak la sampai dah teruk sakitnye baru nak merawat
baby bukan tau cakap sakit
yang dia tahu hanya nangis....

:-(


Khamis, 20 September 2012

Mainan pertama dan kedua Haikal




 

 
 hadiah dari muda




ibu akan sediakan mainan yang haikal suka ye sayang...

Kenapa kamu amat comel???

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang putera yang amat comel kepadaku. Alhamdulillah aku amat bersyukur. Semakin hari semakin aku menyayangi puteraku..

Walau badan letih tak ku endah bila ku pandang wajah comelnya. Wahai anak, terima kasih kerana memandang ibu, terima kasih kerana senyum dan gelak kepada ibu, terima kasih kerana memahami ibu walau pun kamu masih kecil. Ibu amat menyayangimu anak...
















muhammad asyraf haikal  : Saya sayang ibu saya......
asyraf haikal's mother       : Terima kasih sayang..Ibu love u too...mmmuaaah

Isnin, 10 September 2012

Happy? 1st Anniversary...

today is our first anniversary.. nak happy atau nak bengang????

Happy:
  • Alhamdulillah dah genap setahun kami bernikah.
  • berpuluh kali gaduh pun still bersama
  • dikurniakan anak yang amat comel
  • teruskan usaha menjadi isteri yang baik
  • terus blajar menjadi ibu dan menguruskan anak dan suami
Bengang:

  • xder privacy
  • semua aku kena wat
  • semua aku kena fikir sendiri
  • aku nak hidup dgn anak n suami aku je
  • xtau mcm mane nak luahkan
  • ade yang jenis x reti berdikari.. 
  • ade yang jenis kaki report!!
x tau sampai bila..hmmmm dapat pindah kuantan baru tenang kot.Cuma aku, suami dan anak saja..
;-(  Kalau korang pernah rase ape aku rase korang mesti paham..aku ni bukan lah jenis yang suke sound orang. Ape-ape hal aku pendam je.

Jumaat, 7 September 2012

Pengasuh haikal....

Alhamdulillah aku dapat gak pengasuh untuk menjage putera kesayangangku...Aku dapat pengasuh kat area kuarters cume jauh skit dari rumah aku..menapak gak la..kat blok A1, presint 15. Aku gi la tengok rumahnye dan pengasuh tersebut. keadaan rumah bersih. pengasuh tu menjaga baby bersama anaknye. kire okla..at least terjage insyaAllah..Bayaran bulanan rm300. Standard harga kat putrajaya ni. tak pelah janji anak ada bersama..Hari isnin ni nak pergi ambil haikal kat kuantan. terlalu rindukan haikal sebab ni 1st time berjauhan dengan haikal..

Baru terfikir ape barang yang perlu di bawa ke rumah pengasuh ye....???Ada gak search td..Alhamdulillah dapat la maklumat yang berguna.

BARANG PERLU DIHANTAR KE RUMAH PENGASUH:
  1. baju (aku nak hantar untuk seminggu)
  2. towel (dinasihatkan mencucinye seminggu sekali)
  3. pet-pet (aku bagi 1 pack je senang)
  4. set mandian (em yg tecit ke beso ye)
  5. tilam
  6. plastik baju kotor
  7. kad yang tertulis no. telefon ibu & ayah
  8. wet tissue
  9. susu 
  10. barang mekap (bedak,losyen,minyak mestika n so on la)
harap-harap semua berjalan lancar..ibu sayang haikal....

Khamis, 6 September 2012

MUHAMMAD ASYRAF HAIKAL

















Sejarah Bersalin: Muhammad Asyraf Haikal

12 Jun 2012
Time ni aku dapat rase air putih mengalir. mybe keputihan je kot atau air ketuban.Tapi sikit-sikt x banyak n kerap la plak keluarnye.. pukul 8.30pm gi hospital dengan ma dan abang yoe. Lame juge tunggu. nerbes tu x yah cakap la. doktor 1st check jalan doktor lelaki. malu? taruk tepi la dah terpaksa. doktor 1st yang check tu ok and x sakit. tapi doktor 2nd check pehhhh sakit giler.Aku gi toilet tu darah dah keluar. doktor 2nd tu perempuan tp sakit sgt. Kasar je rase. Agak2 la nak bagi jalan buke cepat pun. ni orang hidup. Mau tak terangkat bontot aku bila dia check. aku check in kat hotel HTAA pukul 3.30am. Kesian ma and abang yoe penat menunggu... Mekasih ma and abang yoe.

13 Jun 2012
Kesakitan yang amat telah pun bermula. Sampai aku nak makan pun x lalu. aku call fiezan and nangis2 sebab terlalu sakit. yelah 1st time nak beranak n xder pengalaman. doktor kat wad check jalan x tau la brp kali kena seluk. Asyik nak check je jalan idoknye buke cepat. katenye doktor dah buke 4cm. ade doktor pakar check aku and dia estimate berat baby 3.4kg. ketar2 badan aku menahan sakit. nurse selalu datang check aku punyer cintraction. aku kira sendiri dalam 10 minit tu aku sakit dalam 4@5 kali. memang nagis la. ma datang dan tangan ma tempat aku bergantung n semangat untuk aku. Ada mak cik sebelah tu datang kat aku dan sentuh perut aku and dia bace la selusuh mariam dan hembus kat perut. Dia ajar aku ayat selusuh mariam aku makin lame makin lupe bukan makin ingat sebab sakit sangat. Alhamdulillah fiezan pun sampai. aku hanya mampu genggam tangan dia je. nurse n doktor check jalan masih 4cm tapi contract aku makin kuat and aku ditolak masuk labour room. bayangkanlah pukul 7.30pm aku masuk labour room hingga pukul 2.30am baru aku boleh push. Proses bukaan tu lame sangat aku rase.Masuk labour room terus doktor pecahkan ketuban. Sebelum bersalin tu suami aku di sisi tp time nak bersalin boleh plak suami aku tertidur dalam kereta. aku paham dia terlalu penat. Doktor x bagi aku push tapi aku degil n aku push gak.bukan ape dah terlalu sakit kepala baby nak kuar.. aku kena marah tapi aku peduli ape dah sakit kan. Ada doktor perempuan ni muda lagi and aku pasti dia belum kahwin. cara seluk dia tu mmg kasar. ingat ape tah main kasar2 ni.mentang2 x kawin lagi x boleh wat lembut skit. aku pegang tangan suami aku tapi sambil tu sempat lagi suami aku ni membebel. dah la aku tangah sakit fiezan x abis2 membebel.Tiba mase aku baby dah nak keluar. aku push la bila nurse cakap kalau sakit push.time aku push time tu la nurse ginting skit. tapi bleh plak nurse tu cakap "alamak gunting tumpul la plak"..x ke cerdik namenye tu. Aku dapat rase guntingan dia tu tapi sakit baby nak keluar buat aku x rase sangat sakit digunting. Aku push dalam 6 kali akhirnye keluar la kepala and push kali ke tujuh tu keluar la semua. ya selamat la aku beranakkan MUHAMMAD ASYRAF HAIKAL ke dunia ni... Comel anak ibu. mase bersalin 2.52am....14 Jun 2012


disebab kan aku malas nak wat karangan panjang..aku hanya wat point untuk aku ingat kembali pengalam aku bersalin untuk 1st time:

  • anak aku dah tertelan najis and kami ditahan di wad 48jam untuk pantauan doktor.
  • anak aku kena jaundice tambah lagi 2 hari dok hospital
  • hari keempat aku dah boleh balik..Syukur sgt
  • hari kelima haikal kena check kuning kat Al-Farabi.
  • hari kesebelas tali pusat tanggal.
  • proses nak wat surat beranak mmg sukar. aku x tau kena ade sijil nikah ori. 2 kali fiezan gi JPN Pahang kat indera mahkota blackout then gi kat pekan x bleh gak wat. fiezan dah bebel dah. last sekali fiezan buat kat JPN Putrajaya 1 jam dah siap sekali dengan my kids.