Halaman

COMBINE9

COMBINE9

Khamis, 20 November 2014

breastpump manual and breastpump electric




hai
saje je..
slide x siap lg..sibuk nak update blog

ok..antara bp manual n bp elektric..mane yang korang suka???
bagi aku, aku lagi suka bp manual..
kenapa????
becoz manual bayak susu terhasil bila di pam..
dalam 40 minit aku dpt la 7 oz..
bagi korang 7 oz tu sikit kot kan..tp bagi aku tu dah syukur sangat
40 minit untuk 7 oz..berbaloi .. yang penting tak stress
kelemahan manual bp ni pnt la bila nak ngepam tu
tp aku x kisah..
aku suke..
kalau malam tu dalam sejam aku pam dapat la 10 oz
suke sangat..
alhamdulillah

aku ada miliki jugak bp elektrik (auto je la)
bp auto ni bagi aku la kan..
satunya lambat skit susu nak kluar
20 minit tgk botol baru 1.5 oz
x ke stress tu..dah merudum lg susu
1 jam aku pam dapat la 5 oz..
yang bestnya tangan x penat la..
myb aku guna bp auto yang murah
nak beli yang ribu riban xde la aku mampu
susu tetap kluar tp x menepati sasaran aku la..
ceewahhh cam SKT plak kan...
tp aku still guna jugak bila time malas nak pegang
and kena sedia la stay kt tempat duduk selama 1 jam
mmg x puas rasenya...huhuuuu

tu testimoni aku je
bagi aku mmg aku akan pilih manual bp..
aku sayang manual bp aku tu..

moga susuku cukup untuk muhammad afif harraz..
amin..




 kamu memang terbaik..

Khamis, 6 November 2014

i am back with two prince

alhamdulillah aku dah selamat bersalin anak kedua
dah abis pantang pun
dah abis cuti bersalin 3 bulan pun
dan dah x slim2 lagi
hihihihiii

aku selamat bersalin 2 ogos 2014
baby boy juge
bersalin normal
berat baby 2.95kg
nama baby boy aku : MUHAMMAD AFIF HARRAZ
dah 3 bln dah baby Harraz

alhamdulillah syukur kerana Harraz sangat la baik
tak menangis, tak jaga malam
senang untuk di jaga
dan aku breast feed untuk Harraz
semoga Allah panjangkan umurku dan banyakkan susuku untuk Harraz

sebelum bersalin macam2 aktiviti aku
and macam2 aku makan
sebab dah ada kat kuantan kan..

aku makan durian sebijik aku sorang
makan sup tulang semangkuk besar
makan kfc 2 ketul before bersalin
and aktiviti aku...
mendaki tangga @ mini zoo taman teruntum sambil dukung haikal
bawak haikal mandi pantai
kait buah dokong belakang rumah
cari sayur2 kampung
and banyakkkkk lagi
dan disebabkan tu la aku cepat bersalin..
sepatutnya 10 ogos
awal seminggu
huhuhu...aktifkan
aku gi hospital pukul 10pagi aku bersalin pukul 5 ptg..

dan itulah salah satu hadiah untuk adik aku zana..
baby harraz keluar sama tarikh lahir dengan zana
02/08 cuma tahun je yang beza..

dan dan dan....mak aku kumpul 5 orang cucu lelaki
belum ada cucu pompuan
hihiiii..sabau ye ma..

 Harraz 2 hari

 Harraz 3 bulan

abang and adik

Khamis, 24 Julai 2014

37 minggu kandungan

Assalamualaikum..
lama x update blog
banyak citer tapi malas nak taip
sekarang kandungan aku dah 37 minggu 4 hari...kot
hihi..

check up untuk 36 minggu mengesahkan anak aku songsang
jadi aku kena refer @ hospital Putrajaya
doktor scan n tanya aku setuju x nak buat prosedur pusingkan baby ke bawah(ECV)
aku sanggup je..
tapi doktor suruh aku sedia..
sekiranya prosedur tersebut gagal aku akan dioperate hari tu jugak
then aku setuju la..sanggup buat ape aje asalakan dapat bsalin normal insyaAllah
sekiranya operate banyak yang aku kena settle
nak balik kuantan lagi
raya lagi..pantang lagi..dengan haikal lagi
fuhhhhh!!!!

doktor bagi tarikh 22 Julai 2014
aku ke hospital awal2 lagi
sebab banyak tempat kena gi
even aku punyer masa temujanji 10 pagi
pagi tu aku buat urin test dulu
then tunggu kat bilik prosedur A untuk CTG baby
no. giliran aku 105..
untuk CTG saja ambil masa sampai 30 minit
nurse amik 2 botol kecik darah aku
entah la untuk apa
ok settle CTG..and graf jantung baby pun cantik..
proceed untuk jumpa doktor

no 105 dipanggil sekali lagi..
then doktor tu adalah doktor muhammad afif
doktor lelaki yep
ikut la aku x kisah..
janji selamat
doktor cucuk tube kat tangan
meleleh darah dari tangan ku..
dah masuk tube tu doktor bagi penerangan tentang ECV
doktor akan suntik ubat lembutkan rahim dan dalam masa sama jantung aku akan bdegup kencang
yappp dah itu terjadi
dengan lafaz bismillah doktor afif pun scan la baby..kepala baby diatas
then doktor afif pun letak gel diperut sambil sapukan di seluruh area perut
disingsingnya lengan baju then mula la pusingan itu
doktor pusingkan kandungan aku
ye rasa sakit tapi disebabkan takdir Allah dan kepakaran doktor tu baby berjaya dipusingkan
kepala baby dah ada di bawah
Alhamdulillah ECV berjaya

Tadi (24/07/2014) aku checkup @ presint 9
n nurse cakap kepala baby dah engaged
tunggu masa je la

yang penting aku nak balik kuantan
bersalin kat kuantan dengan izinNya
senang dekat ngan famly
balik kg on sabtu
harap x de la aku bsalin tengah jalan...
amin...


kengkawan...
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN....




Isnin, 16 Jun 2014

kek pelangi 1st trial


cesss
poyo...baru buat sekali dah gatal nak ngepost

tapi saje je nak kongsi kegumbiraan
buat kek pelangi yang menjadi

 setelah siap di bakar satu persatu

 siap di hias

 siap di potong

ready to eat


resepi aku amik kat blog sape ntah
nak kena cari balik
huhu..



Selamat hari lahir anakku sayang..



dah 2 hari berlalu..
tarikh ulangtahun anak kesayangan aku
Muhammad Asyraf Haikal..
Hari ni hari lahir paksu Haikal

Alhamdulillah misi berjaya
aku buatkan kek hari lahir Haikal
aku happy
Haikal lagi la happy
Saat kami nyanyikan lagu untuknya

 kek istimewa untuk haikal

 siap ada upin ipin lagi

anak bujang yang sorang ni ler

 terpancar kegembiraan di wajahnya

 mucuk ibu ayah ni

 x puas tgk dia senyum

 x sabar nak potong bila tgk upin ipin

 ibu n haikal

 perkenalkan kek pelangi

first trial menjadi

Alhamdulillah
walaupun sambutan yang amat sederhana
yang penting aku happy anak aku lagi happy
ibu ayangggg haikal
moga panjang umur murah rezeki haikal
amin..

bye



Rabu, 11 Jun 2014

3 hari lagi



ye..
3 hari lagi putera aku nak genap 2 tahun..
makin banyak keletahnya
makin banyak cakapnye

suke aku tgk keletahnya
nak nak adik dia dah nak lahir
makin manje...hoi

sabar jela...

















sayang...
terima kasih hadir dalam hidup ibu
sesungguhnya keranamu
aku menjadi seorang ibu
walaupun ibu mu ini selalu menjadi tarzan
ketika bersama ibu
ketahuilah sayang manjaku
ibu amat menyayangimu..
lebih dari nyawa ibu..
semoga anak ibu menjadi anak yang berguna kelak
ibu sayang MUHAMMAD ASYRAF HAIKAL
sangat-sangat...

Dah 8 bulan



assalamualaikum..
ari ni aku dah hampir 32 minggu
thats mean dah 8 bulan
perut makin memboyot dengan jayanya
dah baby menendang dengan aktifnya..
maybe same like yang 1st
boy..insyaAllah
aku x scan pun..
tp ramai kengkawan yang scan by mata dorang
katanya muncung ke depan je pewut aku
n adik ipar aku insyaAllah bakal lahirkan baby girl
mak aku jugak la yang kumpul cucu boy
huhuhu...terima dengan redha je la ma ye..


 8 months baby bumps..


pusat dah cukup terjojol dah..yang tu selalu jadi push button haikal.

semoga sempat aku berpuase penuh
dan sempat jugak aku makan rendang raye
yang penting aku nak rase masakan mak aku

hmmm sedih weh dah 6 bulan aku x balik kampung halaman aku..

sekarang aku dah prepare barang baby
walaupun blm complete
barang abg baby ada..
so pakai je la dik ye..





Selasa, 27 Mei 2014

hari rajin aku

time rajin aku siaplah benda yang aku nak..
berjaya buat kek untuk diri sendiri
sempena hari ibu yang lepas..
haikal suke sangat tgk kek
nyanyi hepi besday to you
alhamdulillah dah 2 tahun jadi ibu
banyak lagi ilmu perlu timba

 


yang ni citer sabtu lepas
orang sibuk gi karnival belia n jom heboh
aku sibuk dok buat tilam baby..
time perut besar baru nak menggatal buat..
dah tersekat pergerakan..
Alhamdulillah dapat la tilam baby..besor
nursing pillow, bantal love untuk mak cik haikal
dan bantal tido untuk haikal..
rajin x aku????
hua huaaaa

 tilam ni untuk baby on the way
tapi.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

 dapat kat abang baby plak

my sexy model


x sempat tilam siap haikal dah rasmikannya
aku tengah jahit tepi nak tutup mane yang terbuka
boleh plak dia terjun atas tilam tu

aku pasrah je
ambik la haikal kalau nak sangat tilam tu
tilam ni nak letak lam keta nnt
senang big brother ni nak tido nnt

ok bai...



Rabu, 7 Mei 2014

BLOG USANGKU

dah 6 bln aku pregnant
alhamdulillah
baby kuat gerak kick kick aku
my baby bump: 6 months


Haikal..
dah 1 tahun 10 bln..nak masuk 2 tahun dah
manje semacam je
tapi aku layankan je..

 ni muke orang merajuk..panjang muncung boleh ikat riben

 merajuk lagi

 senang je nak pujuk... 

 always with bear bear


anak manje ibu..

ibu: haikal sayang ibu dok??
haikal: Ayang abu..



Rabu, 19 Mac 2014

4 months 2nd pregnancy

dah 4 bulan
tapi ghuper perut mcm dah nak bersalin
haaaa...
acaner tu????
takkan aku nak kempiskan perut kot
jadi bawak la ke hulu ke hilir perut kesayanganku ni...

alhamdulillah..
baby sht..asyraf haikal pun sihat
24-28 feb aku cuti seminggu
semata-mata menjaga haikal
yes..kena chicken pox
cian sgt tgk anak aku tu
dia nangis aku pun nangis
sedih wei...
sekarang ni haikal dah sihat
cume tinggal parut je la...

haikal makin banyak cakapnye
suke melayan haikal cakap
karenah mengada-ngada dia

yang pasti sangat manje
salah sikit waaaaa...nangis
sekrang ni tido nak aku peluk
even dah bangun tido pun
dia marah kalau aku tak peluk
cian ayah..x dapat ibu peluk ayah..hahahaaa

perkataan haikal yang tak boleh aku lupe....
PUMPAH.... tumpah
TEJAR TIER... kejar dia
THUTHU... susu

haikal dah boleh kira 1-10
atu,we,ge,pakpak,meme,ujuh,apan,ilan,uloh
enam aku tak tahu dia tinggal mane...

Rabu, 19 Februari 2014

SAMBAL CILI API DAGING

BAHAN-BAHAN:

  1. Daging di hiris
  2. Cili api 20 biji
  3. 3 biji bawang merah
  4. 2 biji bawang putih
  5. Minyak masak yang mencukupi
  6. Garam secukup rase
CARA-CARA:
  1. Bersih daging. masukkan dalam kuali. Masak daging hingga kering air
  2. Dah kering air masukkan minyak masak then goreng sampai agak garing skit
  3. angkat dan letak dalam pinggan daging tersebut
  4. tumbuk cili api + garam, bawang merah, bawang putih hingga lumat
  5. tumis bahan yang ditumbuk tadi
  6. agak-agak bahan tumisan nak kering masukkan daging yang telah digoreng tadi
  7. gaulkan kan
  8. tutup api
  9. sedia untuk dimakan dengan nasi panas.....nyummehhh

petua mak mertua den:
x bagi cili api terpercik kat muka time tumbuk tu campurkan garam
tumbuk sekali..insyaAllah selamat...

sekian, terima kasih.


Kursus @ sungkai 2014

Assalamualaikum...friends
arini ari kedua kursus
dan ari ke 4 meninggalkan anakanda terchinta..
rindu sangat kat asyraf haikal.. sob..!!!sob..!!!

aku kursus microsoft access
ok la kursus nye
menambah ilmu katenye
mmg best

x sabar nak balik esok
jumaat aku kerja..malasssss
hahahahaaaa...

okla..
dah nak sambung kelas..
bye peepsss!!!