Assalamualaikum..
lama x update blog
banyak citer tapi malas nak taip
sekarang kandungan aku dah 37 minggu 4 hari...kot
hihi..
check up untuk 36 minggu mengesahkan anak aku songsang
jadi aku kena refer @ hospital Putrajaya
doktor scan n tanya aku setuju x nak buat prosedur pusingkan baby ke bawah(ECV)
aku sanggup je..
tapi doktor suruh aku sedia..
sekiranya prosedur tersebut gagal aku akan dioperate hari tu jugak
then aku setuju la..sanggup buat ape aje asalakan dapat bsalin normal insyaAllah
sekiranya operate banyak yang aku kena settle
nak balik kuantan lagi
raya lagi..pantang lagi..dengan haikal lagi
fuhhhhh!!!!
doktor bagi tarikh 22 Julai 2014
aku ke hospital awal2 lagi
sebab banyak tempat kena gi
even aku punyer masa temujanji 10 pagi
pagi tu aku buat urin test dulu
then tunggu kat bilik prosedur A untuk CTG baby
no. giliran aku 105..
untuk CTG saja ambil masa sampai 30 minit
nurse amik 2 botol kecik darah aku
entah la untuk apa
ok settle CTG..and graf jantung baby pun cantik..
proceed untuk jumpa doktor
no 105 dipanggil sekali lagi..
then doktor tu adalah doktor muhammad afif
doktor lelaki yep
ikut la aku x kisah..
janji selamat
doktor cucuk tube kat tangan
meleleh darah dari tangan ku..
dah masuk tube tu doktor bagi penerangan tentang ECV
doktor akan suntik ubat lembutkan rahim dan dalam masa sama jantung aku akan bdegup kencang
yappp dah itu terjadi
dengan lafaz bismillah doktor afif pun scan la baby..kepala baby diatas
then doktor afif pun letak gel diperut sambil sapukan di seluruh area perut
disingsingnya lengan baju then mula la pusingan itu
doktor pusingkan kandungan aku
ye rasa sakit tapi disebabkan takdir Allah dan kepakaran doktor tu baby berjaya dipusingkan
kepala baby dah ada di bawah
Alhamdulillah ECV berjaya
Tadi (24/07/2014) aku checkup @ presint 9
n nurse cakap kepala baby dah engaged
tunggu masa je la
yang penting aku nak balik kuantan
bersalin kat kuantan dengan izinNya
senang dekat ngan famly
balik kg on sabtu
harap x de la aku bsalin tengah jalan...
amin...
kengkawan...
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN....