Halaman

COMBINE9

COMBINE9

Khamis, 22 Disember 2011

saye dah buat buku kehamilan..

Sampai tepat pukul 8.30 pagi pada 20 disember 2011 kat klinik kesihatan putrajaya.Untuk ape ye???Em mestilah untuk wat buku mengandung.Dah 14 minggu dah kandungan aku.Alhamdulillah dah xder evening sickness dah cume time pagi lepas gosok gigi tu je muntah.Sekarang asyik nak mkn je.Em bayangkanlah dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 1.10 petang baru siap check up. Penat lame menunggu sensorang.Hubby balik rumah tido.Penat keje.Cian dia.Mampu tunggu kejap je.8.30 pagi tunggu untuk pendaftaran.Die panggil pukul 9.00 pagi.Then nurse suruh wat pemeriksaan air kencing.Alhamdulillah kencing normal.Emm permulaan yang baik..I like!!!

Selepas test air kencing terus gi scan kad ye not scan perut kat makmal.Tunggu untuk ujian darah selama dekat 2 jam.Akhirnya nama aku dipanggil.Sakit gak amikdarah tu.Lepas tu aku pun gi lak check gigi.Lame gak tunggu.Dengar pengumuman yang sebut name aku suruh masuk bilik 16 untuk pemeriksaan.Aku pun masuk la.Nurse tu check perut sakit gak la die tekan.Siap Check tu gi balik ke tmpt check gigi.Settle tu jumpa doktor lak.Next opoiment on 17 januari 2012.Dekat2 befday aku tu.huhu..Alhamdulillah darah aku ok tekanan darah pun ok..Moga2 anak mama sihat lam perut ye sayang...Sekarang ni berat aku telah mencecah 56.8 kg ok.Dulu sebelum pregnant 52 kg.

Pukul 1.30 petang gerak ke Bahau of coz.Rindu aku nak jumpe mertuaku and of coz encik pizan merindui mak nya especially makanan mak nya..kul 10.30 malam gerak balik putrajaya.1.00 pagi sampai then pukul 2.00 pagi tido. So. tired!!!

Khamis, 8 Disember 2011

kini aku kuat MAKANNNN!!!

Emmmm kandungan baru nak cecah 3 bulan. Tapi belum cecah lagi la.Kalua bulan pertama dan kedua tu makan n muntah di petang hari sekarang makan la ape pun muntah seminggu sekali. Tapi aku x der perasaan bila tgk ayam KFC. Haritu pun Kak PA blanje aku mkn cheezy wadges je.Ain and Kak PA mkn snack plate.Biar la janji dapat mkn. Hari ni aku ade meeting.Sebelum meeting pekena nasi impit kuah kacang dulu.Dalam bilik meeting mkn kuih apam and nasi goreng plus asam-asaman..hehehe..Kuar je dari bilik meeting aku mkn bekalan yang ku bawa pagi tadi.Nasi putih plus tom yam udang.emmm mkn sedap lepas tu pening kepala..minum2 air then ke MR. Tan la tempatnye..asyik minum air je.Nak kencing je la kejenye.

Ohhh kemudiannya aku mkn roti cheese..Em sedap dan sedap. Asyik lapar je.mkn kyg2 kejap je laparnye x yah ckp le.tp x pe demi baby..baby mkn tau.Sihat2 selalu.Mama n Ayah syg baby..

Isnin, 24 Oktober 2011

Penangan peminat hobin jang hobin...

Hari sabtu lepas aku ngan hubby balik ke bahau. Kiteorang gerak dalam pukul 4.00 petang. Dalam perjalanan nak balik tu tempat yang selalu jem of coz la kat hiway seremban. Tapi jem kali ni coz ramai nak ke Paroi. Ade perlawanan separuh akhir kedua antara Negeri Sembilan vs T Team. First time aku tgk betapa bersemangatnye warga nogori ni. Setiap perjalanan start masuk seremban penuh dengan keta2 yang diletakkan bendera Negeri sembilan. Hubby aku ape lagi....Asal nampak je penyokong bola dia nyalakan lampu n angkat tangan. Penyokong2 tu pun setia mengangkat tangan.Sporting la katakan..Tapi best la bila tgk dieorang dari anak yang kecik hingga datuk nenek ikut gi sokong bola tu. Sesampai je kat umah mertua kat bahau tepat kul 7.30 ptg. Ayah ngan adik an dah semangat dah nak tgk bola. Tapi bola start kul 8.45 kat tv1.Mak mertua aku ngah wat mee kari. Aku mengidam nak mkn mee kari yang mak mertua buat. Sedappppp...banyak aku mkn..Then bola pun dah start dah..ape lagi bising la hubby,ayah n dik an..gamat 1 rumah.Lucu n best la rasenye..Akhir sekali TTeam dah ditewaskan oleh Negeri sembilan...Negeri Sembilan dapat gi final lawan terengganu..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Awal Kehamilanku...Anak untuk suamiku

Tarikh 20 Oktober 2011, first time gi klinik untuk buat pengesahan kehamilan. Klinik yang comfirm kena pergi adalah klinik Kesihatan Putrajaya. Gerak dari rumah pukul 7 pagi coz takut parking xder..x sempat nak breakfast tp sempat bagi hubby minum ho ho horlicks...em tu faveretnye. Then gi kuarkan wet dulu coz time gov gaji kan. Em tepat kul 8 pagi sampai klinik. Gi kaunter no giliran. Tujuan untuk pengesahan mengandung then dia bagi no pastu suruh gi jumpa nurse kaunter 7. Pastu bincang2 n daftar semua kena bayar rm20 for the UPT. Hmmm kalau test kat luar pun boleh beli yang rm20 and x tunggu lame. Then pegawai tu suruh pi ke makmal untuk ujian UPT.Tunggu selama 1 jam baru nama dipanggil. Guess What??? aku ingatkan kena test air kencing tapi di beri arahan masuk bilik ambil darah. Pelik gak asal kena amik darah. Then aku ckp kat nirse tu saya nak wat ujian kehamilan. Pastu dia ckp x pe amik darah dulu.siap amik darah scan n tunggu doktor panggil. Time tunggu doktor panggil dah 1 jam. Bila nak panggil ntah.Past tu doktor dah panggil.boleh pulak doktor ckp u nak wat pengesahan kehamilan then kenapa u buat check darah.aku terang la kat doktor tu yang aku dah ckp kat nurse tu. Tak pasal2 kena masuk makmal balik.sebab salah teknik da.Hmm tunggu lagi dan hubby pun mcm bengang coz lame giler tu.Doktor panggil masuk bilik then aku positif mengandung 6 minggu...Alhamdulillah...InsyaAllah aku akan jage dengan baik kandungan aku ni..Hubby ckp tahniah coz mengandungkan zuriatnya..ayang sayang abang dan baby...Nurse cakap dah 3 bulan usia kandungan baru leh wat buku opoiment.

Rabu, 21 September 2011

10 SEPTEMBER 2011

Hari pernikahan aku dan Mohd Hafiezan. Sungguh teramat gembira dan kepenatan.Akhirnya aku disatukan dengan insan paling aku cinta..Dan kini aku bergelar isteri seseorang..Alhamdulillah..Syukur ke atas Mu Ya Allah..atas penentuan jodohku.Semoga kami bahagia hingga akhir hayat..






























Sabtu, 20 Ogos 2011

Puasa dan kerja

Tarikh hari ini membawa aku berfikir lagi 20 hari aku berstatus bujang..Nerbes tau!tapi ini yg aku impikan mempunyai sebuah keluarga sendiri dengan anak2 yang dikurniakan Allah.Semalam kad kawen telah di edarkan kat opis.Ketar gak la time bg kad tu kat opis mate.tambah lagi time nk bagi kat timbalan pengarah n pengarah aku.Pengarah aku tanya berape hari ambik cuti then aku jawab 3 minggu.Direct dari raye sampai habis urusan kawen sebelah lelaki.Katenye nk ke Bahau.Kuantan jauh.Ramai yang nk datang Bahau. Huhu sedih aku, tp x pe asalkan dieorang datang dah cukup gembira bagi aku.
Hari ni dan sekarang aku berada di tempat duduk kesayangan ku di Parcel C6 Putrajaya..Kerja still banyak tapi sempat lagi menaip ni.Tugasan diberi 3 hari lepas dah settle.ni dah bagi yang baru.Dah banyak pertubuhan yang diluluskan tapi dalam frame still ade 6K lebih. Dapat tugasan baru dalam 288. Peh bosan x hingat nak luluskan NEWSS ni.tapi tuntutan kerja kan.So, buat la.Hari ni aku nak g berbuka kat rumah Abang Yo yang rumahnye terletak di Kuarters KLIA.Lame dah aku x datang rumah die.Segan la gak.
To Mohd Hafiezan, only u in my heart. Love u so much. Semoga semua berjalan lancar. Persiapan raye??Of course la x wat ape2.Jimat punye pasal.Dapat gaji ni aku terus bayar yang mane patut.

Rabu, 10 Ogos 2011

1 bulan lagi...

Sebulan lagi sebelum menuju ke tarikh nikahku...wah ape yang patut aku rase ye??of coz la risau,happy,sedih dan mcm2 la yang aku rase skrg ni..Susah juge nk kawen ni..thats why kot byk gejala sosial yang makin teruk skrg kan.Hari ni baru aku jumpa dengan tunang aku. Hal kad kawen x selesai lagi.entah bila aku akan dapat kad tu.dah dekat 2 bulan x siap2 lagi.Keluarga belah lelaki dah tanya abaout wedding card tu..and aku lak malasanye asyik nak msj designer tu..Ya Allah permudahkan la segala urusan kawen ku.Banyak benda lagi yang aku x buat tau.Baju wedding x cuba lagi, barang2 goodies x pack lagi, homestay x tempah lagi nasib baik ejam ade tolong arrange kanopi.Serabut tak terkata la.Tak nak pikir kena pikir.Bila dah pikir jadi blur.What should i do??Somebody please tell me ;-(..Sabtu ni baru nak balik kuantan with him..time tu la kalau boleh nak selesaikan semuanye.Tapi tu la imposible...Aku harap sangat dapat support n pertolongan dari famly aku..Untuk aku buat semua dalam mase 1 bulan ni mmg aku x berdaya.Aku hanya boleh buat sekadar yang mampu saje..Time ni sepatutnye aku bersama famly aku.Yelah nnt dah jadi miliknya aku dah kurang dengan famly.aku x nk mcm tu.aku perlukan famly aku hingga akhir hayat dan selama-lamanya..