ini la team merah 7/13
Assalamualaikum...
Dah hari isnin dah...
Alhamdulillah masih diberi nafas
Keputusan untuk entri esok nak berboling
Adalah aku di tempat yang ke-33 dari 34
hahaha...hebat tak???
Aku lah juara longkang
Ada aku kesah????
Yang penting happy sangat
Peristiwa melucukan hati aku semalam:
Sambil aku dok tengok tivi
Haikal sedang menyelerakkan majalah2 aku
Aku perhati dulu cara Haikal 'mengemas'
Then..."Haikal, buat ape tu???"
Haikal macam terkejut..
Lantas membawa badannya dengan laju sambil menyeringai
dalam masa menyeringai boleh memandang pada aku
terus datang pada aku
Aku angkat dia pastu dia buat gaya
BURUNG BELATUK
terus...MMMUAAAHHH MMUAAHH MUAAHHH
cium aku...
sabar je la..
tergelak-gelak aku
Hai anak yang aku sayang...
Haikal masih batuk
kahaknya amat setia dengan Haikal...
boleh bagi petua x macam mane nak hilangkan kahak tu???
cara tepuk sudah
cara bagi madu sikit pun sudah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan